Zamir ghazali

Mohamad Zamir Ghazali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Parlimen Kuala Terengganu.Mohamad Zamir juga terlibat sebagai penggerak aktif NGO Persatuan Agropreneur Terengganu (PATH) sebagai pengerusi persatuan.Beliau turut Memiliki pengalaman dalam pertandingan debat diperingkat universiti .
Latar Belakang PendidikanBersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, kemudian meneruskan pengajian diperingkat sarjana muda Ekonomi dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Paling Hadapan Dalam Isu PalestinZamir Ghazali baru baru ini mengecam tindakan timbalan menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim yang menaikkan promosi EXPO 2020 Dubai UAE sebagai tidak sensitif apabila UAE baru sahaja mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan turut menjemput Israel untuk untuk serta di dalam EXPO terbabit. Zamir mendesak agar Malaysia menarik diri dari Expo terbabit sebagai tanda solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Palestin sendiri telah menarik diri dari EXPO terbabit setelah UAE turut menjemput Israel sebagai peserta. Penglibatan Politik2017 - AJK Pemuda AMANAH Negeri Terengganu (Dilantik) 2017 - AJK AMANAH Kawasan Kuala Terengganu 2018 - AJK AMANAH Negeri Terengganu (Dilantik) 2019 - AJK AMANAH Negeri Terengganu (Menang bertanding) 2019 - Ketua Pemuda AMANAH Negeri Terengganu (Menang bertanding) 2019 - AJK Pemuda AMANAH Nasional (Menang bertanding) Zamir dilantik sebagai ahli jawatankuasa pemuda AMANAH Terengganu pada 2017 oleh Hasbie Muda, dan seterusnya diminta untuk mengemudi Pemuda AMANAH Kuala Terengganu sekaligus sebagai AJK Kawasan Kuala Terengganu. Pada pemilihan AMANAH 2019, Zamir menang bertanding ditiga peringkat negeri iaitu Jawatankuasa AMANAH Negeri Terengganu, Jawatankuasa Pemuda AMANAH Negeri Terengganu dan AMANAH Kawasan Kuala Terengganu. Beliau juga berjaya menempatkan diri diperingkat Nasional apabila turut menang pemilihan AJK Pemuda AMANAH Nasional 2019. Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda AMANAH Terengganu mengantikan Saudara Hasbie Muda yang pada awalnya masih menyandang kedudukan terbabit namun terpaksa melepaskan jawatan bagi memegang jawatan Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu. Di peringkat AMANAH Kawasan Kuala Terengganu , beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Kuala Terengganu.

Zamir ghazali

Lahir 25 Mac 1982
Kuala Terengganu
Pekerjaan Ahli Politik
Didahului oleh Hasbie Muda
Parti politik AMANAH
Kediaman Terengganu